Occupational Health & Safety Policy
ISO 45001:2018
Quality Policy
ISO 9001:2015
Environmental Policy
ISO 14001:2015

Pekerja tempatan berkelas dunia

NURUL SHIMA, September 13 (Suara Sarawak) --

NURUL SHIMA: Boleh Datuk jelaskan serba sedikit mengenai penglibatan Serba Dinamik Group Berhad (SDGB) dalam Hub Tenaga Bersepadu Bintulu (BIEH)?

DR IR MOHD ABDUL KARIM: Hub Tenaga Bersepadu Bintulu atau BIEH milik Serba Dinamik GroupBerhad sepenuhnya. Rancangan dan idea untuk membangunkan hub tenaga bersepadu ini bermula sejak empattahun yang lalu selepas mendapat kelulusan daripada Ahli Lembaga SDGB. Kemudiannya pihak pengurusanmerangka cadangan dan keseluruhan konsep. Sekarang ini, kita telah berjaya menyiapkan kerjakerja fizikal. Iamerupakan pembangunan baharu di atas tapak berkeluasan 30 ekar di Tanjung Kidurong dengan nilai pelaburan RM300 juta. Ia akan menempatkan pusat kecemerlangan dan pemeriksaan, pembaikan serta penyelenggaraanperalatan teknologi tinggi di Sarawak.

 

Faktor yang mendorong SDGB untuk terlibat dalam sektor tersebut?

Ia bermula apabila kami menerima keperluan dan desakan daripada sesetengah golongan profesional dalamSerba Dinamik. Terdapat banyak pengaliran keluar wang kerana kebanyakan kerja penyelenggaraan terhadapperalatan yang mempunyai teknologi tinggi dihantar keluar dari Sarawak. Kebanyakannya dari loji-loji Malaysia LNG, Shell MDS, Asean Bintulu Fertilizer, Sarawak Energy dan syarikat-syarikat lain. Ini keranatidak terdapat kepakaran dan kemudahan sedemikian di Bintulu atau Sarawak. Jadi dengan kewujudan BIEH ini,pengaliran keluar kewangan dapat dielakkan dan kita berasakan inilah antara sumbangan terbesar SerbaDinamik dalam membantu pertumbuhan ekonomi kepada rakyat di negeri ini, termasuk Malaysia secara keseluruhannya.

 

Mengapa memilih Bintulu? Adakah kerana pemilihan Bintulu sebagai hub petrokimia seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, barubaru ini?

Sebenarnya pelaburan dan ikhtiar ini memang didasarkan kepada faktor kewangan dan kedudukan Serba Dinamik yang kukuh serta kebolehupayaan. Ia memang merujuk kepada loji petrokimia yang telah diumumkan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Ia adalah perancangan awal kita berdasarkan kepakaran dan rekod prestasi Serba Dinamik terhadap aktiviti hiliran. Ia adalah selari dengan hasrat yang disebutkan oleh Ketua Menteri. Ia diwujudkan di Bintulu kerana terdapat ramai pelanggan dan prospek perniagaan syarikat yang memerlukan keupayaan sebegini. Di samping itu, BIEH juga mempunyai azam dan kesungguhan yang tinggi supaya kita dapat memberi perkhidmatan penyelenggaraan kepada syarikat syarikat yang telah diwujudkan di Samalaju.

 

Bagaimana dengan tenaga pekerja, adakah ia akan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan atauakan mengambil pekerja dari luar?

Memang keutamaan akan diberikan kepada pekerja-pekerja di Sarawak dan saya ingin menyatakan bahawa pekerja tempatan kita merupakan antara yang terbaik di dunia. Mengapa saya berani berkata demikian, ini kerana Serba Dinamik memang banyak melakukan kerja di luar Malaysia dan kita juga membawa pekerja untukprojekprojek kita di luar negara. Komen atau maklum balas mengenai prestasi dan kebolehupayaan pekerja kami sangat baik. Justeru, saya yakin dan berasakan Serba Dinamik tidak akan menghadapi masalah untuk menjayakan BIEH ini.

 

Bilangan atau peratusan pekerja tempatan dalam pembangunan BIEH?

80/20, lebih kurang ada kaitan dengan teori parito yang menyatakan bahawa setiap perkara yang berlaku didasarkan kepada konsep 80/20 peratus. Dalam hal ini, 80 peratus merupakan tenaga kerja tempatan dan baki 20 peratus lagi adalah pekerja dari luar. Untuk pengetahuan anda, kita telah pun menghantar kumpulan pertama menjalani latihan di India dan Itali. Namun disebabkan sekatan akibat pandemik Covid-19, mereka tidak sempat menghabiskan latihan. India dan Itali merupakan dua negara yang menyediakan sokongan teknikal. Malah beberapa peralatan dan keperluan juga dihantar dari negara tersebut. Di samping itu, kita juga merancang agar baki program latihan dilakukan secara visual dalam talian atau teknologi. Apabila sekatan ditarik sepenuhnya nanti, kita juga akan membawa masuk tenaga profesional atau pakar latihan dari Itali untuk memperhalusi kesediaan dan persediaan tenaga kerja di BIEH.

 

Bila agaknya BIEH bersedia untuk beroperasi?

Untuk makluman anda, BIEH mempunyai tiga komponen penting iaitu MRO (baik pulih penyelenggaraan), iaitu ia akan dipecahkan kepada dua kategori dengan satu kategori untuk peralatan yang bergerak dan kategorikedua untuk peralatan yang statik. Untuk peralatan yang bergerak, ia dijangka bersedia beroperasi padapenghujung Oktober depan, manakala bagi peralatan statik kita menjangkakan pada penghujung Novemberdepan. Bahagian kedua pula ialah keupayaan fabrikasi bersepadu sepenuhnya. Ia akan bersedia memberiperkhidmatan pada penghujung September ini.

 

Walaupun telah gah di persada antarabangsa dalam bidang minyak dan gas serta penjanaan tenaga, pastinya SDGB menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Komen Datuk?

Kita mempunyai pesaing dalam kalangan syarikat-syarikat tempatan. Misalnya dalam penyediakanperkhidmatan MRO, kita mempunyai pesaing seperti Rimaco yang merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Malah kita juga bersaing dengan TNB dalam banyak projek yang dilaksanakan di peringkat Malaysia. Tetapi di peringkat antarabangsa, kita juga bersaing dengan syarikat seperti Itos, General Electric danseumpamanya. Namun ingin saya tegaskan di sini bahawa kita tidak khuatir atau gentar untuk bersaing kerana iamerupakan satu peradaban dalam keusahawanan. Jadi, kita harus bersiap siaga untuk bersaing supaya dapatmemenuhi segala keperluan berkaitan, selain memerlukan kedudukan kewangan yang kukuh untuk meyakinkan pelanggan.

 

Harapan Datuk terhadap BIEH?

Salah satu matlamat kami terlibat dalam pembinaan hub ini adalah untuk mewujudkan pusat kecemerlanganglobal MRO dan IRM yang pertama di Sarawak dan Malaysia. Ia direka bentuk untuk memenuhi keperluanindustri minyak dan gas serta industri penjanaan tenaga. Dengan kemudahan sedia ada, hub ini diyakini akanmenjadi sebuah pusat kecemerlangan global bagi aktiviti penyelesaian kejuruteraan sehenti dalam pembaikandan penyelenggaraan jentera serta peralatan berteknologi tinggi. Kami percaya dan yakin dengan adanya potensidi Sarawak khususnya Bintulu, ia mampu menjadi hub perniagaan tenaga di negara ini.