Occupational Health & Safety Policy
OHSAS 18001:2007
Quality Policy
ISO 9001:2015
Environmental Policy
ISO 14001:2015

POLITEKNIK MALAYSIA KUCHING SARAWAK SIARAN MEDIA

POLITEKNIK MALAYSIA KUCHING SARAWAK SIARAN MEDIA

Kuching, 5 Disember 2019: Pengarah urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad, Dato’ Dr.Ir Mohd. Abdul Karim Abdullah melakukan penyerahan sumbangan sebuah Bas kepada Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Dalam masa yang sama Mohd Abdul Karim yang juga merupakan CEO Falkulti Politeknik Kuching Sarawak turut merasmikan Majlis Penutupan Minggu Suai kenal Pelajar Baharu PKS sesi ambilan Disember 2019. Penyerahan kunci Bas tersebut secara rasmi diserah kepada Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Puan Jamiliah Binti Ahmad di tempat letak kereta PKS serta diiukuti dengan acara simbolik memotong ribbon dan ‘Bus Tour’. Bas berkapasiti 44 penumpang akan digunakan sebagai pengangkutan asas dan membawa para pelajar yang tinggal di luar kampus untuk datang berulang alek ke kampus yang terletak 22 km daripada pusat bandar dan tambah pula bagi mengatasi ketiadaan pengangkutan awam melalui jalan ke distinasi kampus ini. Dengan adanya Bas tersebut ianya sekurang kurang memberi keselesaan serta boleh mengatasi permasalahan pelajar tidak hadir kelas atau ponteng kelas