KUALA LUMPUR (Sept 25): Serba Dinamik Group Bhd and Huawei Technologies (M) Sdn Bhd have formed a partnership to drive digital transformation in urban and rural Malaysia.
KUCHING: Taman tema realiti maya (VR)M D-Virtual Park oleh Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) merupakan pertama di Borneo yang dilancarkan secara rasmi di Kota Samarahan. Ia merupakan inisiatif terbaik syarikat itu untuk memberi kesedaran dan pendedahan dalam kalangan penduduk luar bandar berkenaan teknologi terbahru dan penggunaan peranti serta aplikasi digital.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, taman tema VR itu seiring dengan agenda kerajaan Sarawak untuk memacu ekonomi digital sebagai salah satu cara untuk merevolusikan ekonomi digital dalam kalangan 2.8 juta penduduk tempatan.
“Untuk menjadi agresif di pasaran, kita harus dihubungkan dengan pasaran.
“Oleh itu, kita mesti menggunakan penghubung ke pasaran, iaitu dengan mempromosikan penggunaan lejer digital terbuka, pautan yang dihubungkan ke seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran, di sini.
Beliau berkata, Kerajaan Sarawak ketika ini dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur jaringannya, dengan pelaburan RM1 bilion daripada dana negeri bagi kerja-kerja menaiktaraf, termasuk memasang menara telekomunikasi, selain menerima bantuan yang sesuai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Katanya, memandangkan kegiatan pertanian negeri merangkumi sebahagian besar penduduk, Kerajaan Sarawak sedang mempromosikan pertanian komersial berdasarkan teknologi secara agresif.
Pada masa sama, ia meneruskan penggunaan Sarawak Pay, negeri pertama yang memperkenalkan sistem pembayaran mudah alih di negara ini.
Katanya, simulasi dalam VR dan realiti terimbuh (AR) dalam permainan dan studio disediakan untuk orang ramai, pelajar dan usahawan itu dapat mencabar pemikiran individu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif di taman tema VR tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Serba Dinamik Group Bhd, Datuk Abdul Kadier Sahib berkata, walaupun pandemik Covid-19 memberi banyak cabaran bagaimanun ia mengubah pemikiran masyarakat, terutama warga emas dan mereka yang enggan menggunakan teknologi dan aplikasi digital pada mulanya.
“Di sini (taman VR)… juga terdapat kemudahan studio kreatif dan bagi syarikat pemula niaga, syarikat berkenaan dapat dihubungkan ke tiga pusat kemudahan penyelidikan lain di dunia, iaitu Indian Institute of Technology Madras; Stanford University, California dan Makmal Inovasi Terbuka Shenzhen,” katanya.
Abdul Kadier berkata, D-Virtual Park dimulakan oleh SDHB untuk menyokong agenda ekonomi digital Kerajaan Negeri dan dibina menggunakan teknologi digital terbaik terdiri daripada realiti maya dan hiburan digital yang inovatif.
Beliau berkata, SDHB melabur sebanyak RM13 juta untuk membangunkan taman tema itu, ia diharapkan dapat menarik 500,000 pengunjung dalam tahun pertama pembukaannya.