Occupational Health & Safety Policy
OHSAS 18001:2007
Quality Policy
ISO 9001:2015
Environmental Policy
ISO 14001:2015

Teknologi Pacu Serba Dinamik ke Hadapan

KUCHING, September 18 (Suara Sarawak) --

KUCHING: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Sdn Bhd Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, teknologi memainkan peranan penting dan percaya ia adalah jalan ke hadapan.

Abdul Karim dalam wawancara Money Matters berkata, Serba Dinamik menerima dan percaya revolusi industri 4.0 dalam pelbagai teknologi menjadi lebih berguna dan sangat diperlukan pada masa depan.

Sebagai contoh katanya, Serba Dinamik menggunakan kecerdasan pintar (AI) untuk membuat jangkaan dan pencegahan dalam menyelengara, menganalisis kesihatan dan keadaan mesin.

Jelasnya, untuk menghasilkan keputusan analitikal yang tepat, data yang digunakan adalah besar.

“Jadi, AI memainkan peranan penting, ia mesin diagnosis gang membantu melalui data dan menghasilkan kemungkinan situasi gagal dan kecekapan peralatan.

“Ia membantu meletakkan kita sebagai syarikat yang ke hadapan dari pemain yang lain,” tegasnya.

Abdul Karim memberitahu, Serba Dinamik memasuki segmen informasi komunikasi teknologi yang meletakkan mereka dalam kategori berlainan untuk penyampaianperkhidmatan.

Menurutnya, hab teknologi yang dilancarkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu mengabungkan kandungan yang dimiliki oleh Serba Dinamik sebagai syarikat yang berkebolehan dalam kejuruteraan, pemilikan, pembinaan, pelaksana (EPCC).

Namun, katanya, Serba Dinamik datang dengan pelbagai kandungan yang menarik yang membezakan mereka sekali gus meletakkan syarikat dalam platform yang berbeza berbanding pesaing lain.

Dalam pada itu, beliau percaya Serba Dinamik mengalami pertumbuhan ketara untuk segmen informasi teknologi maklumat pada tahun hadapan.

Dari 2015 sehingga hari ini, Serba Dinamik melabur sekurang-kurang RM150 juta dalam aspek teknologi dan beliau percaya lebih banyak yang perlu dilaburkan.

“Sudah tentu kita akan mengimbangkan pendapatan dan jual yang akan masuk.

“Kita sangat yakin dan berada dalam landasan yang betul berdasarkan pada maklum balas dan kejayaan kita mendapat kerja dalam perkara tertentu,” jelasnya.

Beliau menambah, Malaysia bertuah mempunyai kerajaan yang mempunyai komitmen dan visi yang kuat berkaitan dasar digital.

Abdul Karim bagaimanapun menekankan dasar digital negara berdasarkan objektif asal harus dilaksanakan dengan agresif kerana kesuntukan masa.